Jumaat, 30 Mei 2008

PETUA KEJAYAAN PENIAGA CINA

Kami terbaca Berita Harian bertarikh 27 Mei 2008. Terdapat sebuah artikel bertajuk 'Wan Seng kongsi petua kejayaan peniaga cina'.Di sini kami ingin menekankan petua yang terdapat pada artikel tersebut.
  1. Bangun seawal Subuh kerana sumber rezeki bermula awal pagi.
  2. Tidak berpendidikan bukanlah kekurangan untuk mengecapi kejayaan
  3. Peniaga perlu bersikap mesra, 'ringan mulut', kemahiran berkomunikasi yang baik, hormat dan tidak kedekut senyuman
  4. Peniaga perlu sentiasa meminta maaf kepada pelanggan jika terlambat, tersilap, kehabisan barang atau perkhidmatan kurang memuaskan untuk 'menyejuk' hati pelanggan agar pelanggan bertolak ansur dengan peniaga
  5. Modal pula bukan faktor utama untuk berjaya dalam perniagaan kerana modal ada di mana-mana dan ia terpulang kepada kebijaksanaan dan keinginan individu mendapatkannya
  6. Kemahiran yang dipelajari secara teori iaitu melalui bahan bacaan serta tunjuk ajar semata-mata tidak akan membantu peniaga mencapai kejayaan sebaliknya kemahiran terbaik hanya diperoleh apabila teori itu dipraktikkan
  7. Kemahiran akan bertambah jika seseorang peniaga pernah gagal kerana ia akan membantunya memperbaiki kesilapan dan 99% ahli perniagaan yang berjaya pernah gagal hingga ada yang muflis
  8. Lebih banyak risiko bermaksud lebih banyak keuntungan akan diperoleh, tetapi kena bijak, ada perancangan serta sentiasa ingin maju
  9. Bersaing secara sihat adalah faktor kejayaan dalam perniagaan
  10. Berusaha mencari bentuk perniagaan berlainan apabila ingin membuka premis di kawasan sama dengan peniaga lain
  11. Mempunyai sikap tolong-menolong antara peniaga lain atau pesaing
  12. Bijak menguruskan wang dengan membuat kira-kira keuntungan setiap hari dan menyediakan wang tukar secukupnya untuk berniaga keesokan hari
  13. Sentiasa rajin berniaga dan tidak ambil kisah jika tidak mempunyai masa yang banyak untuk rehat
  14. Peniaga perlu mengikis sikap malu kerana jika keterlaluan, ia bukan saja gagal melariskan jualan, malah perniagaan tidak akan maju.
Akhirnya, ditegaskan bahawa sesetengah peniaga kurang menyedari kesilapan mereka dalam perniagaan. Mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain tanpa menuding jari kepada diri sendiri jika gagal dalam perniagaan. Untuk lebih detail, bacalah buku "Rahsia Kejayaan Orang Cina" oleh Ann Wan Seng

Rabu, 28 Mei 2008

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum.
Kami harap agar laman blog ini dapat membantu anda dalam mengharungi dunia perniagaan dan keusahawanan yang penuh mencabar. kami ingin anda berjaya & menjadi jutawan.