Jumaat, 4 Julai 2008

ILMU CAHAYA HIDUP

Life is succession of lession which must be lived to be understood

Kebajikan yg ringan ialah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata2 lemah lembut

Jangan kagum mendengar suara seseorang, tapi kagumilah org yg bila diberi amanat dilaksanakan yg tidak pernah mengganggu org dgn mulut ataupun tangannya

Seluruh manusia akan mati, kecuali para ahli ilmu. Para ahli ilmu itu mabuk, kecuali yg beramal. Seluruh yg amal itu tertipu, selain yg ikhlas. Org yg ikhlas itu berada dlm ketakutan, sebelum dikatahuinya kesudahan amalnya itu

Setiap yg manis kadangkala boleh menghiris, setiap yg indah kadang kala membawa padah dan setiap yg hadir bukannya takdir, mungkin menyuruh manusia berfikir

Tiada kekayaan melebihi akal. Tiada kemiskinan melebihi jahil. Tiada pusaka melebihi adab. Tiada pembantu melebihi mesyuarat

Berangan-angan itu memutuskan tiap2 kebaikan. Tamak itu mencegah dr tiap2 yg haq. Sabar itu membawa kpd kemenangan & nafsu mengajak kpd kejahatan

Petikan: UiTM

Faktor Penarik Usahawan

Sebagai seorang usahawan, hendaklah mengetahui apakah faktor penarik usahawan kerana faktor ini bleh membantu seseorang usahawan untuk lebih maju.

1. STATUS DIRI/SOSIAL

a) Ahli Korporat/Mewah
  • Seorang yang dpt menerajui serta memajukan dlm sektor swasta
  • Seorang yg dihormati/disegani oleh masyarakat
  • Mempunyai pengaruh dan pendedahan terutama dlm membangunkan ekonomi negara
  • Dapat membangunkan serta memberi sumbangan kepada masyarakat dlm membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra
  • Seorang yg mempunyai ciri2 kepimpinan yg berpandangan jauh kehadapan (berwawasan)
  • Kualiti kehidupan yg tinggi dr segi ekonomi contohnya kereta mewah, rumah besar, pendapatan besar dan lain-lain
b) Kuasa/Kebebasan
  • Memiliki kebebasan untuk berfikir/bertindak dan berkuasa membuat keputusan (bebas)
  • Senang dan cepat dlm mengesan peluang2 perniagaan (cekap)
  • Mampu mencorakkan aliran ekonomi negara (kuasa)
c) Nilai Tambahan
  • Menjadi ikutan/model kepada tatapan masyarakat umum (glamour)
  • Nilai kepakaran yg tinggi (kepakaran)
  • Gaya, Kualiti dan keunggulan (keperibadian)
d) Agen Perubah masyarakat
  • Sebagai pemangkin kepada perubahan masyarakat yg dinamik selaras dgn wawasan 2020
  • mempunyai inisiatif dlm mewujudkan peluang2 ekonomi
  • Penyelesai masalah sosial contohnya pengganguran dan kemiskinan
2. POLITIK/DASAR KERAJAAN

a) Keadaan Politik
  • Stabil, kukuh, aman damai dan harmoni
  • Perkauman yg tidak meruncing
b) Dasar Kerajaan
  • Menggalakkan lebih ramai bumiputera melibatkan diri dlm dunia keusahawanan
  • Sebagai persiapan ke arah pembentukan Negara Peridustrian Baru
c) Wawasan 2020
  • Mewujudkan masyarakat daya tahan, daya saing, daya maju dan dinamik
d) Masyarakat perdagangan/perindustrian bumiputera (MPPB)
  • melahirkan masyarakat perdagangan/perindustrian bumiputera
  • "Budaya niaga" melalui pembentukan keluarga usahawan
  • Menaikkan martabat bangsa melayu dlm dunia keusahawanan yg telah tercicir
  • taburan penyertaan secara menyeluruh di semua sektor
  • melahirkan bangsa yg dihormati/disegani
e) Latihan kakitangan kerajaan bersara awal/wajib
  • kakitangan kerajaan diberi peluang mengikuti kursus bergaji penuh sebagai persediaan ketika bersara. Kursus dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan
f) Program Usahawan Muda
  • Penerapan budaya keusahawanan dikalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui penubuhan syarikat dan aktiviti perniagaan
g) Skim Usahawan Siswazah
  • Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan bertujuan melatih graduan lepasan Universiti/Pusat Pengajian Tinggi melibatkan diri dlm bidang perniagaan
h) Program Usahawan Teknikal
  • Program anjuran MARA untuk membimbing dan menggalak usahawan teknikal (technoprenuers). Sasaran utama ialah bekas graduan lepasan institusi kemahiran dan tenaga kerja teknikal kerajaan dan swasta
i) Dasar pertambahan penduduk 70 juta
  • Dasar ini membuka peluang usahawan menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan dalam bentuk perniagaan
3. PELUANG EKONOMI

a) Keadaan Ekonomi
  • kestabilan ekonomi negara
  • Menggalakkan/meningkatkan pertumbuhan pasaran yg baik
  • Pertumbuhan KDNK
b) Sistem Francais
  • Perjanjian kontrak diantara francaisor yg memiliki barangan atau perkhidmatan yg ditawarkan kpd franchaisee
c) Sistem vendor
  • Pembekalan barangan/prodik/komponen oleh syarikat kecil kpd syarikat yg besar
d) Sistem e-dagang
  • Urusniaga melalui media elektonik secara global
4. PROGRAM SOKONGAN KERAJAAN

Berperanan memberi sumber2 maklumat, peningkatan kemahiran, peluang2 perniagaan melalui strategi2 berikut:
  • Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan spt MARA, Bank pembangunan dan Bank Industri
  • Pembiayaan kewangan melalui institusi kewangan/kerajaan/swasta spt Kementerian Belia & Sukan dan MARA
  • Kemudahan insentif pelepasan cukai duti eksport, anugerah usahawan belia niaga, Rakan Usahawan Muda dan lain2
  • Kemudahan pasaran luar dan dlm negeri melalui Agensi Kerajaan spt FAMA
  • Latihan Teknikal Keusahawanan melalui MARA, MeCD dan lain2
  • Kemudahan premis perniagaan yg disediakan oleh agensi2 kerajaan
  • Persatuan perniagaan yg berperanan sebagai payung dan melindungi kebajikan para Usahawan spt Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  • Penyedian skim khidmat nasihat dan perunding malalui MARA, MeCD dan lain2
Petikan: MegaConsult & Services

Jumaat, 27 Jun 2008

Perancangan Kewangan

1. Mempelbagaikan Simpanan
  • Dalam merealisasikan perancangan kehidupan kita memerlukan satu simpanan yg terancang. Dalam memperuntukan simpanan perlulah diambilkira perbelanjaan yg sebenar supaya tidak menimbulkan kesukaran dlm kehidupan seharian. Simpanan hendaklah dipelbagaikan bg mengurangkan risiko kerugian.
2. Penggunaan skim pinjaman secara bijak
  • Dlm merangka skim pinjaman, perlulah diambilkira kadar faedah yg ditawarkan serta tempoh & cara pembayaran balik pinjaman tersebut. Penggunaan pinjaman yg tidak terancang akan menyusahkan kita kelak.
Petikan: Bank Negara Malaysia

Peringatan semasa menyediakan perancangan

1. Persediaan Perbelanjaan Luar Jangkaan jgn diabaikan
  • Penyakit, kecederaan & bencana yg tdk diduga bleh berlaku kpd keluarga pd bila2 masa. Adalah penting menyediakan wang simpanan utk kegunaan perkara2 luar jangkaan ini & jgnlah terlalu bergantung kpd pertolongan org lain
2. Perancangan yg dijangka jgnlah keterlaluan
  • Adalah penting mengetahui keadaan belanjawan semasa keluarga ( pendapatan, perbelanjaan, harta, pinjaman dsb). Perancangan yg keterlaluan hanya akan menjerut leher anda sendiri dlm melalui kehidupan seharian. Jgnlah tergesa-gesa dlm merealisasikan kesemua matlamat & impian. Aturlah perancangan mengikut susunan kepentingan bg setiap perkara.
3. Corak Kehidupan yg sentiasa berubah-ubah memerlukan perancangan yg seimbang
  • Dlm melalui kehidupan yg panjang ini adakalanya kita berada dlm kesenangan & adakalanya berada dlm kesusahan. Ketika berada dlm kesenangan jgnlah kita leka. Bersedialah bg menghadapi kemungkinan masa susah
Petikan: Bank Negara Malaysia

Bagaimana membuat perancangan jangka panjang

Berbincang dgn semua ahli keluarga dlm membuat perancangan & matlamat. Perbincangan dgn semua ahli keluarga adalah penting bg mewujudkan suasana kerjasama dlm melaksanakan perancangan ini.

Petikan: Bank Negara Malaysia

Panduan Perancangan Kehidupan & Belanjawan

Ada 5 perkara utama dlm hidup ini yg memerlukan perancangan kewangan yg teliti & simpanan wang yg besar.

1. PERANCANGAN PENDIDIKAN ANAK2
  • Pembiayaan utk anak2 melanjutkan pelajaran hingga ke kolej atau universiti adalah besar. Persediaan simpanan hendaklah dilakukan semasa mereka kecil lagi
2. PERANCANGAN PERKAHWINAN ANAK
  • Utk melangsungkan perkahwinan anak2 perlu diamalkan penjimatan dlm perbelanjaan. Tabiat mengadakan majlis persandingan yg berlebihan tdk digalakkan. Yg penting ditekankan adalah kehidupan selepas berumahtangga. Selain dr itu, anak2 hendaklah digalakkan merancang sendiri utk persediaan perkahwinan mereka.
3. PERANCANGAN MEMILKI RUMAH
  • Memiliki rumah adalah satu pembelian yg paling bermakna dlm kehidupan. Arah tuju & struktur keluarga yg sering berubah perlu diambil kira dlm menentukan jenis rumah yg akan dibeli. Dlm memilki rumah sendiri perlu diambil kira tarikh pembelian, deposit pendahuluan, tempoh pinjaman & pembayaran balik. Jumlah ansuran bulanan adalah perkara asas yg perlu diambil kira dlm menetapkan perancangan tersebut.
4. PERANCANGAN MEMBELI KENDERAAN
  • Memiliki kenderaan seperti kereta merupakan keperluan utama bg mrk yg mampu. Utk membeli kereta, kita memerlukan wang pendahuluan. Jumlah ansuran bulanan perlu diambil kira dlm perancangan kewangan keluarga
5. PERANCANGAN HARI TUA
  • Setiap tahun, purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat. Setiap org perlulah memikirkan simpanan wang yg diperlukan utk menampung kehidupan di hari tua. Pengurusan wang pencen & simpanan peribadi perlu diurus dgn bijak.
Petikan : Bank Negara Malaysia

Mengapa kita perlu perancangan hidup jangka panjang

Setiap org inginkan keluarga yg bahagia. Oleh itu, setiap keluarga perlu mempunyai matlamat & impian hidup dgn merancang kehidupan utk jangka panjang. Perancangan ini membolehkan kita melalui liku-liku hidup dgn terancang & teratur.

Perancangan jangka panjang ini boleh diibaratkan spt merancang melayarkan bahtera kehidupan keluarga. Oleh itu merancang pelayaran kehidupan kita utk masa hadapan adalah penting. Setiap keluarga pasti menempuh beberapa peristiwa spt persekolahan & perkahwinan anak2, pembelian rumah & kereta, kehidupan hari tua & sebagainya. Berpandukan kpd asas kehidupan hari ini, marilah kita fikirkan kehidupan masa hadapan. Buatlah perancangan kewangan dgn terperinci.


Petikan: Bank Negara Malaysia