Jumaat, 4 Julai 2008

ILMU CAHAYA HIDUP

Life is succession of lession which must be lived to be understood

Kebajikan yg ringan ialah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata2 lemah lembut

Jangan kagum mendengar suara seseorang, tapi kagumilah org yg bila diberi amanat dilaksanakan yg tidak pernah mengganggu org dgn mulut ataupun tangannya

Seluruh manusia akan mati, kecuali para ahli ilmu. Para ahli ilmu itu mabuk, kecuali yg beramal. Seluruh yg amal itu tertipu, selain yg ikhlas. Org yg ikhlas itu berada dlm ketakutan, sebelum dikatahuinya kesudahan amalnya itu

Setiap yg manis kadangkala boleh menghiris, setiap yg indah kadang kala membawa padah dan setiap yg hadir bukannya takdir, mungkin menyuruh manusia berfikir

Tiada kekayaan melebihi akal. Tiada kemiskinan melebihi jahil. Tiada pusaka melebihi adab. Tiada pembantu melebihi mesyuarat

Berangan-angan itu memutuskan tiap2 kebaikan. Tamak itu mencegah dr tiap2 yg haq. Sabar itu membawa kpd kemenangan & nafsu mengajak kpd kejahatan

Petikan: UiTM

Faktor Penarik Usahawan

Sebagai seorang usahawan, hendaklah mengetahui apakah faktor penarik usahawan kerana faktor ini bleh membantu seseorang usahawan untuk lebih maju.

1. STATUS DIRI/SOSIAL

a) Ahli Korporat/Mewah
  • Seorang yang dpt menerajui serta memajukan dlm sektor swasta
  • Seorang yg dihormati/disegani oleh masyarakat
  • Mempunyai pengaruh dan pendedahan terutama dlm membangunkan ekonomi negara
  • Dapat membangunkan serta memberi sumbangan kepada masyarakat dlm membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra
  • Seorang yg mempunyai ciri2 kepimpinan yg berpandangan jauh kehadapan (berwawasan)
  • Kualiti kehidupan yg tinggi dr segi ekonomi contohnya kereta mewah, rumah besar, pendapatan besar dan lain-lain
b) Kuasa/Kebebasan
  • Memiliki kebebasan untuk berfikir/bertindak dan berkuasa membuat keputusan (bebas)
  • Senang dan cepat dlm mengesan peluang2 perniagaan (cekap)
  • Mampu mencorakkan aliran ekonomi negara (kuasa)
c) Nilai Tambahan
  • Menjadi ikutan/model kepada tatapan masyarakat umum (glamour)
  • Nilai kepakaran yg tinggi (kepakaran)
  • Gaya, Kualiti dan keunggulan (keperibadian)
d) Agen Perubah masyarakat
  • Sebagai pemangkin kepada perubahan masyarakat yg dinamik selaras dgn wawasan 2020
  • mempunyai inisiatif dlm mewujudkan peluang2 ekonomi
  • Penyelesai masalah sosial contohnya pengganguran dan kemiskinan
2. POLITIK/DASAR KERAJAAN

a) Keadaan Politik
  • Stabil, kukuh, aman damai dan harmoni
  • Perkauman yg tidak meruncing
b) Dasar Kerajaan
  • Menggalakkan lebih ramai bumiputera melibatkan diri dlm dunia keusahawanan
  • Sebagai persiapan ke arah pembentukan Negara Peridustrian Baru
c) Wawasan 2020
  • Mewujudkan masyarakat daya tahan, daya saing, daya maju dan dinamik
d) Masyarakat perdagangan/perindustrian bumiputera (MPPB)
  • melahirkan masyarakat perdagangan/perindustrian bumiputera
  • "Budaya niaga" melalui pembentukan keluarga usahawan
  • Menaikkan martabat bangsa melayu dlm dunia keusahawanan yg telah tercicir
  • taburan penyertaan secara menyeluruh di semua sektor
  • melahirkan bangsa yg dihormati/disegani
e) Latihan kakitangan kerajaan bersara awal/wajib
  • kakitangan kerajaan diberi peluang mengikuti kursus bergaji penuh sebagai persediaan ketika bersara. Kursus dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan
f) Program Usahawan Muda
  • Penerapan budaya keusahawanan dikalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui penubuhan syarikat dan aktiviti perniagaan
g) Skim Usahawan Siswazah
  • Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan bertujuan melatih graduan lepasan Universiti/Pusat Pengajian Tinggi melibatkan diri dlm bidang perniagaan
h) Program Usahawan Teknikal
  • Program anjuran MARA untuk membimbing dan menggalak usahawan teknikal (technoprenuers). Sasaran utama ialah bekas graduan lepasan institusi kemahiran dan tenaga kerja teknikal kerajaan dan swasta
i) Dasar pertambahan penduduk 70 juta
  • Dasar ini membuka peluang usahawan menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan dalam bentuk perniagaan
3. PELUANG EKONOMI

a) Keadaan Ekonomi
  • kestabilan ekonomi negara
  • Menggalakkan/meningkatkan pertumbuhan pasaran yg baik
  • Pertumbuhan KDNK
b) Sistem Francais
  • Perjanjian kontrak diantara francaisor yg memiliki barangan atau perkhidmatan yg ditawarkan kpd franchaisee
c) Sistem vendor
  • Pembekalan barangan/prodik/komponen oleh syarikat kecil kpd syarikat yg besar
d) Sistem e-dagang
  • Urusniaga melalui media elektonik secara global
4. PROGRAM SOKONGAN KERAJAAN

Berperanan memberi sumber2 maklumat, peningkatan kemahiran, peluang2 perniagaan melalui strategi2 berikut:
  • Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan spt MARA, Bank pembangunan dan Bank Industri
  • Pembiayaan kewangan melalui institusi kewangan/kerajaan/swasta spt Kementerian Belia & Sukan dan MARA
  • Kemudahan insentif pelepasan cukai duti eksport, anugerah usahawan belia niaga, Rakan Usahawan Muda dan lain2
  • Kemudahan pasaran luar dan dlm negeri melalui Agensi Kerajaan spt FAMA
  • Latihan Teknikal Keusahawanan melalui MARA, MeCD dan lain2
  • Kemudahan premis perniagaan yg disediakan oleh agensi2 kerajaan
  • Persatuan perniagaan yg berperanan sebagai payung dan melindungi kebajikan para Usahawan spt Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  • Penyedian skim khidmat nasihat dan perunding malalui MARA, MeCD dan lain2
Petikan: MegaConsult & Services

Jumaat, 27 Jun 2008

Perancangan Kewangan

1. Mempelbagaikan Simpanan
  • Dalam merealisasikan perancangan kehidupan kita memerlukan satu simpanan yg terancang. Dalam memperuntukan simpanan perlulah diambilkira perbelanjaan yg sebenar supaya tidak menimbulkan kesukaran dlm kehidupan seharian. Simpanan hendaklah dipelbagaikan bg mengurangkan risiko kerugian.
2. Penggunaan skim pinjaman secara bijak
  • Dlm merangka skim pinjaman, perlulah diambilkira kadar faedah yg ditawarkan serta tempoh & cara pembayaran balik pinjaman tersebut. Penggunaan pinjaman yg tidak terancang akan menyusahkan kita kelak.
Petikan: Bank Negara Malaysia

Peringatan semasa menyediakan perancangan

1. Persediaan Perbelanjaan Luar Jangkaan jgn diabaikan
  • Penyakit, kecederaan & bencana yg tdk diduga bleh berlaku kpd keluarga pd bila2 masa. Adalah penting menyediakan wang simpanan utk kegunaan perkara2 luar jangkaan ini & jgnlah terlalu bergantung kpd pertolongan org lain
2. Perancangan yg dijangka jgnlah keterlaluan
  • Adalah penting mengetahui keadaan belanjawan semasa keluarga ( pendapatan, perbelanjaan, harta, pinjaman dsb). Perancangan yg keterlaluan hanya akan menjerut leher anda sendiri dlm melalui kehidupan seharian. Jgnlah tergesa-gesa dlm merealisasikan kesemua matlamat & impian. Aturlah perancangan mengikut susunan kepentingan bg setiap perkara.
3. Corak Kehidupan yg sentiasa berubah-ubah memerlukan perancangan yg seimbang
  • Dlm melalui kehidupan yg panjang ini adakalanya kita berada dlm kesenangan & adakalanya berada dlm kesusahan. Ketika berada dlm kesenangan jgnlah kita leka. Bersedialah bg menghadapi kemungkinan masa susah
Petikan: Bank Negara Malaysia

Bagaimana membuat perancangan jangka panjang

Berbincang dgn semua ahli keluarga dlm membuat perancangan & matlamat. Perbincangan dgn semua ahli keluarga adalah penting bg mewujudkan suasana kerjasama dlm melaksanakan perancangan ini.

Petikan: Bank Negara Malaysia

Panduan Perancangan Kehidupan & Belanjawan

Ada 5 perkara utama dlm hidup ini yg memerlukan perancangan kewangan yg teliti & simpanan wang yg besar.

1. PERANCANGAN PENDIDIKAN ANAK2
  • Pembiayaan utk anak2 melanjutkan pelajaran hingga ke kolej atau universiti adalah besar. Persediaan simpanan hendaklah dilakukan semasa mereka kecil lagi
2. PERANCANGAN PERKAHWINAN ANAK
  • Utk melangsungkan perkahwinan anak2 perlu diamalkan penjimatan dlm perbelanjaan. Tabiat mengadakan majlis persandingan yg berlebihan tdk digalakkan. Yg penting ditekankan adalah kehidupan selepas berumahtangga. Selain dr itu, anak2 hendaklah digalakkan merancang sendiri utk persediaan perkahwinan mereka.
3. PERANCANGAN MEMILKI RUMAH
  • Memiliki rumah adalah satu pembelian yg paling bermakna dlm kehidupan. Arah tuju & struktur keluarga yg sering berubah perlu diambil kira dlm menentukan jenis rumah yg akan dibeli. Dlm memilki rumah sendiri perlu diambil kira tarikh pembelian, deposit pendahuluan, tempoh pinjaman & pembayaran balik. Jumlah ansuran bulanan adalah perkara asas yg perlu diambil kira dlm menetapkan perancangan tersebut.
4. PERANCANGAN MEMBELI KENDERAAN
  • Memiliki kenderaan seperti kereta merupakan keperluan utama bg mrk yg mampu. Utk membeli kereta, kita memerlukan wang pendahuluan. Jumlah ansuran bulanan perlu diambil kira dlm perancangan kewangan keluarga
5. PERANCANGAN HARI TUA
  • Setiap tahun, purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat. Setiap org perlulah memikirkan simpanan wang yg diperlukan utk menampung kehidupan di hari tua. Pengurusan wang pencen & simpanan peribadi perlu diurus dgn bijak.
Petikan : Bank Negara Malaysia

Mengapa kita perlu perancangan hidup jangka panjang

Setiap org inginkan keluarga yg bahagia. Oleh itu, setiap keluarga perlu mempunyai matlamat & impian hidup dgn merancang kehidupan utk jangka panjang. Perancangan ini membolehkan kita melalui liku-liku hidup dgn terancang & teratur.

Perancangan jangka panjang ini boleh diibaratkan spt merancang melayarkan bahtera kehidupan keluarga. Oleh itu merancang pelayaran kehidupan kita utk masa hadapan adalah penting. Setiap keluarga pasti menempuh beberapa peristiwa spt persekolahan & perkahwinan anak2, pembelian rumah & kereta, kehidupan hari tua & sebagainya. Berpandukan kpd asas kehidupan hari ini, marilah kita fikirkan kehidupan masa hadapan. Buatlah perancangan kewangan dgn terperinci.


Petikan: Bank Negara Malaysia

Khamis, 26 Jun 2008

Budaya Korporat melalui Semangat Semut

Dunia ini dijadikan Allah dgn pelbagai teladan utk kita contohi. Antaranya melalui semangat semut seperti berikut:

1. KERJASAMA
  • Mampu menjalin kerjasama utk mengeratkan persahabatan dgn semua kalangan dlm menjalankan tugas agar sukses mencapai tujuan
2. PRIHATIN
  • Peduli & peka terhadap segala hal yg terjadi dlm persekitaran serta memelihara rasa cinta kasih kpd semua insan
3. POSITIF
  • Selalu berfikir & bertindak demi mencapai matlamat. Namun segala pemikiran & tindakan tersebut bersifat positif demi kejayaan sesuatu usaha
4. INISIATIF
  • Memiliki inisiatif dlm melaksanakan usaha berdasarkan motivasi yg kuat utk maju & mencapai tujuan tanpa menunggu arahan, & tanpa menyimpang dr kearifan perusahaan atau negara
5. RENDAH HATI
  • Selalu berusaha dgn optimis dlm setiap langkah, namun tidak sombong dan selalu menghargai serta menghormati org lain
6. KREATIF
  • Selalu kreatif dlm berusaha dgn menggunakan berbagai inovasi agar dpt mendahului persaingan & menjadi pemimpin dlm lingkungannya
7. KOMUNIKASI
  • Memiliki kemampuan berkomunikasi dgn menguasai tekniknya secara baik, sehingga mampu menyampaikan segala informasi yg diperlukan tanpa menimbulkan salah faham
8. DISIPLIN
  • Memiliki rasa tanggungjawab yg besar terhadap kejayaan sesuatu usaha. Untuk itu, diperlukan disiplin yg tinggi dlm menjalankan semua peraturan demi mencapai tujuan
9. KOMITMEN
  • Memiliki komitmen yg tinggi terhadap semua keputusan/peraturan & kesepakatan yg telah ditetapkan serta bertanggungjawab melaksanakannya tanpa tawar-menawar
10. PRODUKTIVITI
  • Bekerja secara profesional, tekun & bersungguh-sungguh utk mencapai hasil yg maksimum
Petikan: CNI

Rabu, 25 Jun 2008

Komponen analisa SWOT

SWOT terdiri daripada huruf pangkal Strength, Weaknesses, Opportunities dan Threats yg merupakan komponen SWOT.

1. STRENGTH (KEKUATAN/KELEBIHAN)
  • Bahan mentah murah/mudah diperolehi
  • Kepakaran teknikal/kemahiran
  • Harga yg agak murah/berpatutan
  • pembaharuan ke atas barangan tersebut
  • Kualiti pembungkusan

2. WEAKNESSES ( KELEMAHAN/KEKURANGAN)

  • Tiada kawalan ke atas stok
  • Pengurusan yg lemah atau tiada kawalan
  • Tiada/kurang pengalaman/kemahiran yg dimiliki oleh pengurus/pekerja
  • Penyalahgunaan Modal Pusingan
  • Kekurangan stok pd masa jualan mendapat sambutan/permintaan yg tinggi
  • Kurang promosi
  • Saiz pengeluaran yg tidak sesuai/tidak tepat
  • Harga yg terlalu tinggi

3. OPPORTUNITIES ( PELUANG )

  • Menghantar pekerja menjalani latihan lanjutan
  • Pengeluaran barangan baru
  • Permintaan yg meningkat pd brg yg sama
  • Pengeluaran brg yg sama mendapat keuntungan
  • Tidak ada produk/barangan lain dlm pasaran tempatan (tiada persaingan)
  • Keupayaan pengeluaran (kilang) meningkat di masa akan dtg
  • Mendapat perhatian kerajaan & mematuhi polisinya

4. THREAT ( ANCAMAN/GANGGUAN )

  • Kos meningkat tinggi
  • Kekurangan bekalan bahan mentah
  • Bencana Alam
  • Terlalu ramai persaing
  • Perubahan polisi kerajaan atau citarasa masyarakat
  • Kekurangan tenaga mahir/penghijrahan pekerja ke tempat lain
  • Masalah2 perindustrian yg berkaitan dgn pengeluaran spt mogok
Petikan: Mega Consult & Services

Aspek2 dlm perbincangan SWOT

Dalam menganalisa SWOT, aspek2 berikut harus ditekankan:

1. SUMBER KEWANGAN
  • Modal pusingan & keuntungan
  • Keupayaan mendapatkan sumber tambahan sptr pinjaman dll

2. SUMBER FIZIKAL

  • Lokasi & Kedudukan (lay-out)
  • Kemudahan pengangkutan & infrastruktur
  • Kemudahan peralatan & bangunan

3. KEMAMPUAN PENGURUSAN

  • Keupayaan pengurusan
  • Pengetahuan teknikal
  • Pengalaman & kemahiran

4. PASARAN

  • Perbandingan harga dgn pesaing
  • Market share
  • Kualiti perkhidmatan bg mengekalkan pelanggan
  • Promosi
  • Bolehkah pasaran bg perkhidmatan baru diwujudkan

5. ALAM SEKITAR / MASYARAKAT

  • Bagaimana perniagaan/perkhidmatan ini dpt berada dlm pasaran & diterima oleh masyarakat
  • Adakah apa2 prasangka yg disukai atau tidak disukai terhadap perniagaan/perkhidmatan tersebut oleh sesuatu masyarakat

6. SUASANA & PERUBAHAN EKONOMI, POLITIK & SOSIAL (dalam/luar negara)

Petikan: Mega Consult & Services

Objektif SWOT

Berikut disenaraikan beberapa objektif SWOT:

1. Menganalisa/mengkaji daya maju projek atau pengeluaran dr aspek kekuatan, kelemahan, peluang & ancaman.

2. Melatih & membantu usahawan mengunakan teknik pemilihan projek yg tepat sama ada berdaya maju atau sebaliknya.

3. Mendapatkan seberapa banyak meklumat sebelum keputusan akhir dibuat mengenai projek yg dipilih.

Petikan: Mega Consult & Services

UNGKAPAN EMAS

Berikut ialah beberapa ungkapan emas yang boleh membantu untuk memotivasikan diri.

" Jangan hiraukan apa orang lain lakukan. Buatlah lebih baik dari apa yang anda lakukan, kalahkan rekod anda dari hari ke hari, dan anda adalah seorang yang berjaya."
- William J.H. Boetcker

" Untuk membangkitkan rasa selesa dan yakin dalam melakukan sesuatu, anda mestilah membina kebolehan dan kemudian membina kecemerlangan dalam menggunakan kebolehan2 ini."
-Phoda Lacher

" Jika kita mahu mencapai kecemerlangan kita mesti mencari peluang dalam setiap kerumitan bukan mencari kerumitan dalam setiap peluang."
- Walter R. Cole

" Minda yang agung mempunyai tujuan. Minda lainnya hanya mempunyai hasrat."
- Washington Irving

" Insan yang perlukan banyak dari dirinya dan sedikit sekali dari orang lain akan menjadi seorang yang teguh keadaan dirinya."
- Confucius

Ungkapan emas utk lahirkan mental positif:
" Hanya halangan mental sajalah yang membantutkan usaha ke arah kejayaan."
- Clarence Blasier

" Bila kita lebih positif terhadap diri kita, kita akan menjadi lebih berjaya dari apa yang pernah kita impikan."
- Lila Swell

Ungkapan emas utk matlamat yang jelas:
" Melencong seinci, rugi seribu batu."
- Bidalan Cina

" Mengetahui apakah matlamat anda dan ingin mencapainya tidak akan membawa anda hampir kepadanya. Tindakan yang mampu berbuat demikian."
- George Eld

Ungkapan emas utk terus berusaha:
" Dengan usaha, api mampu terbit dari batu."
- Bidalan Denmark

" Mengapakah seorang insan ini lebih kaya dari yang lain? kerana dia lebih rajin, lebih tabah dan lebih bijaksana."
- John Ruskin

Ungkapan emas utk belajar dr kegagalan:
" Kegagalan bukan bererti jatuh, ia bererti tetap di situ bila anda sudah jatuh."
- Anonim

Ungkapan emas utk inisiatif diri:
" Jika anda tidak memecahkan kulitnya, anda tidak akan dapat memakan kacangnya."
- Bidalan Rusia

" Jika tidak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya."
- Bidalan Melayu

Ungkapan emas utk semangat:
" Dunia ini adalah utk org yg bersemangat."
- William McFee

Ungkapan emas utk personaliti menarik:
" Perbezaan antara org yg berjaya dgn org yg gagal terletak pd rohaninya. Apa yg difikirkan menentukan apa yg akan dicapai."
- Hamka

Ungkapan emas utk disiplin diri:
" Semua kuasa dtg dr disiplin dan ia dikotori apabila saja kekangan itu diabaikan."
- Roger Caillois

Ungkapan emas utk mengurus masa:
" Manusia patut menjadi tuan kepada jam dan harinya, bukan sbg hambanya."
- William Frederick Book

Ungkapan emas utk kepentingan kesihatan:
" Bukanlah satu kebetulan bahawa statistik membuktikan org yg tinggi pendapatannya hidup sepuluh tahun lebih lama dr org lain."
- Bernard Tapie

Ungkapan emas utk berkongsi pendapat:
" Satu idea yg baik adalah satu-satunya yg anda perlikan untuk mencapai kejayaan."
- Napoleon Hill

" Satu cara terbaik mendapat idea yang baik ialah dgn mendapat banyak idea."
- Limus Pauling

Ungkapan emas utk kerja berkumpulan:
" Keinginan utk bekerja adalah terlalu jarang dijumpai hinggakan ia patut digalakkan di mana saja ianya dijumpai."
- Abraham Lincoln

" Komitmen antara pasukan merupakan tenaga bg kejayaan organisasi."
- Unknown

Ungkapan emas utk jadi kreatif:
" Manusia mesti hidup dan mencipta sesuatu."
- Albert Camus

" Adalah semulajadi manusia utk mencipta sebagaimana semulajadi air mengalir turun dari bukit."
W. Somerset Maugham

Ungkapan emas utk tumpukan perhatian:
" Jika anda boleh melihat diri anda memiliki matlamat anda, separuh dr matlamat itu adalah milik anda."
- Tom Hopkins

Ungkapan emas utk berfikir:
" Berfikir adalah kerja yg paling sukar, dan mungkin sebab mengapa sedikit sekali manusia yg melibatkan diri dengannya."
- Henry Ford

Ungkapan emas utk keyakinan diri:
" Percaya pd diri sendiri adalah rahsia pertama kejayaan."
- Ralph Waldo Emerson

Ungkapan emas utk kekalan tabiat positif:
" Alah bisa tegal biasa."
- Bidalan Melayu

" Org yg yakin bahawa harapannya tetap ada, tidak akan berhenti di pertengahan usahanya. Pengalaman yg berulang akan menimbulkan keyakinan."
- Pendita

Petikan: Mega Consult & Services

Selasa, 24 Jun 2008

Mengekalkan Rasa Cinta terhadap Kejayaan

Terdapat cara2 utk mengekalkan motivasi & cinta utk jangkamasa panjang:

1. Gunakan Penerapan Positif
" Dedahkan diri anda kpd cerita2 yg positif"

2. Sentiasa Belajar & memajukan diri
" Sentiasa belajar benda baru utk memajukan diri anda"

3. Luangkan masa utk berehat
" Rehat penting utk mengekalkan semangat"

4. Buat saja
" Anda bleh mempunyai perniagaan yg lebih besar, jd lebih kaya, buat apa yg anda suka dlm hidup, ianya terpulang pd anda. Tdk ada siapa yg akan melakukannya utk anda. Anda bleh & mungkin terpaksa melakukannya sendiri. Yakin boleh"

5. Doa & Tawakkal

Petikan: Mega Consult & Services

Prinsip-prinsip Kejayaan

W. Clement Stone, seorang yg kaya-raya telah menulis sebuah buku bertajuk 'The Success System That Never Falls' dan telah mengariskan 17 prinsip kejayaan iaitu:
  1. Sikap mental yg positif
  2. Tujuan yg jelas
  3. Sanggup berusaha lebih
  4. Belajar dr kegagalan
  5. Inisiatif diri
  6. Semangat
  7. Personaliti yg menarik
  8. Disiplin Diri
  9. Memperuntukan masa & wang
  10. Menjaga kesihatan fizikal & mental
  11. Berkongsi pendapat
  12. Kerja berkumpulan
  13. Wawasan Kreatif
  14. Tumpuan Terkawal
  15. Ketepatan fikiran
  16. Penggunaan Keyakinan
  17. Memanfaatkan Tenaga Tabiat

Petikan: Mega Consult & Services



Rahsia Mengisi Minda Dgn Keperluan Kejayaan

Keperluan utk berjaya dgn cemerlang perlu diterpkan terlebih dulu dlm diri. Berikut adalah kaedah yg dikaji oleh Prof McClelland:

1. Ujudkan Keperluan
  • Fokuskan keperluan utk berbakti dgn cemerlang

2. Bertindak

  • Usahawan adalah jenis yg bertindak, bkn hanya bercakap

3. Jangkaan Kejayaan

  • Usahawan membina keyakinan diri dr mengkaji kemungkinan kejayaan & kegagalan

4. Kenalpasti halangan

  • Mengenalpasti halangan bantu anda mengatasinya

5. Meminta bantuan

  • Usahawan meminta bantuan apabila perlu & memintanya dr yg bleh membantu

6. Sertakan hati anda

  • Hati usahawan perlu menyertai fikiran & tindakannya

7. Bulatkan tekad

  • Usahawan membulatkan tekad utk berjaya
Petikan: Mega Consult & Services

Ciri2 Usahawan

Berikut disenaraikan ciri-ciri yg terdapat pd seorang usahawan yg berjaya & cemerlang.

1. Keperluan kpd Pencapaian
  • Tanpa henti, seorg usahawan sentiasa ingin mencapai sesuatu yg lebih baik dr yg sebelumnya
  • Usahawan suka kpd sesuatu yg mencabar & memberi kepuasan yg tinggi
  • Usahawan bekerja keras & menggunakan kebijaksanaannya
  • Usahawan mempunyai matlamat yg jelas
  • Usahawan sanggup bekerja keras & dgn sendirinya dia akan mendapat ganjaran yg tinggi
  • Usahawan menyatakan apa yg dirasa & melakukan apa yg dirancang
  • Sentiasa mencari cara baru yg lebih baik
  • Usahawan tidak pernah berpuas hati dgn apa yg dilakukan
  • Pd usahawan, kegagalan merupakan sebahagian drpd kejayaan
  • Usahawan berupaya menyelesaikan masalah
  • Usahawan hidup bernafaskan kemenangan
  • Usahawan pantas dlm mengenalpasti peluang. Di masa org lain masih terpinga-pinga, dia telah merebutnya
  • Usahawan suka kpd kerja yg dilakukannya
  • Usahawan merancang hidupnya sendiri

2. Keinginan Mengambil risiko

  • Usahawan mengambil risiko sederhana yg diperhintungkan dgn baik. Risiko itu perlulah setimpal dgn ganjaran yg akan diperolehinya

3. Keupayaan melihat peluang

  • Peluang yg dikenalpasti oleh usahawan yg berjaya adalah peluang yg belum dikenalpasti oleh org ramai
  • Usahawan mencari peluang baru bg memenangi pesaingan
  • Usahawan perlu kreatif & inovatif

4. Kebolehan mempengaruhi

  • Pengaruh usahawan menyebabkan org yg dipengaruhi merasa beruntung

5. Keyakinan diri

  • Usahawan percaya apa yg dilakukannya akan berjaya

6. Menyesuaikan diri dgn Perubahan

  • Bkn shj usahawan dpt menyesuaikan diri dgn perubahan tetapi perlu bersikap proaktif
Petikan: Mega Consult & Services

Kepentingan perniagaan dalam Islam

Islam menganggap perniagaan sebagai satu aktiviti yang amat baik. Beberapa perkara mengenai kepentingan perniagaan adalah sepertimana berikut:

1. Perniagaan adalah kerja yg berfaedah dan dinilai tinggi oleh Islam

2. Peluang dalam bidang keusahawanan itu amat banyak dan ia adalah sumber utama mencari rezeki

3. Keusahawanan adalah cara menambah kekayaan dlm masa yg singkat

Petikan: Mega Consult & Services

Galakkan berniaga dalam Islam

Dalam Islam terdapat 2 sebab utama mengapa perniagaan digalakkan:

1. Untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Manusia tidak mampu menghasilkan semua barang keperluan. dari itu, manusia memerlukan bantuan org lain bg menukar barangan. Dgn ini, wujudlah perniagaan.

2. Perniagaan merupakan sunnah Rasulullah. Bukan sahaja ianya digalakkan, malah Rasulullah sendiri menjalankan perniagaan sehingga berjaya seawal usia 12 tahun

Petikan: Mega Consult & Services

Ahad, 22 Jun 2008

ASAL-USUL BANGSA MELAYU

Assalamualaikum,
Ibnu Athir, ahli sejarah Muslim yang terkenal di zaman lampau telah mengkaji asal-usul Bangsa Melayu yg dikenali sbg Bani Jawi. Dia merujuk kepada kitab Taurat (perjanjian lama) bagi mendapatkan keterangan. Keterangan mengenai Qatura yg merupakan salah seorg isteri Nabi ibrahim & arahan agar anak-anaknya dgn Qatura berpindah ke Timur (mengikut jln darat) ada dinyatakan dgn jelas dlm Taurat iaitu dlm Surah Genesis Bab 25. Berikut adalah petikan dr surah tersebut:

Abraham married another wife named Ketura, who bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah. Jokshan got Sheba and Dedan. The children of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites. And the sons of Midian were Ephan, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were Keturah's children.
Abraham left all he had to Isaac but, while still living, Abraham gave presents to the children of his concubines and sent them away eastward to the Kedem country, Out of Isaac's way. Abraham's life span was 175 yrs then at the ripe old age, after a long and full life, Abraham expired. He was gathered to his people, and his sons Isaacs and Ishmael buried him in the Machpelah cave, fronting Mathure, in the field of Ephon, the son of Zohar the Hittite, which Abraham had bought from the Hittites. There, Abraham was buried beside Sarah, his wife. After Abraham's death, God's blessing was on his son Isaacs, who lived at the well of Lahairod.

Bangsa Melayu (Bani Jawi) dikatakan berasal dr keturunan Nabi Ibrahim A.S, iaitu dr isteri Baginda yg ketiga bernama Qatura, anak watan ng Kanaan.

Qatura mempunyai enam org anak bernama Zimran, Jokshan, Medan, Midian Ishbak dan Shuah. Jokshan ada anak bernama Sheba & Dedan. Anak2 kpd Dedan ialah Asshurites, Lethushites & Leumunites. Midian pula punyai anak bernama Ephah, Epher, Hanoch dan Adiba serta Eldaah.

Pd suatu ketika, Nabi Ibrahim memerintahkan anak2nya dr isteri ketiga ini berpindah ke Timur dgn diberikan bekalan dab. Anak cucu dr salah seorg dr 6 org anak Nabi Ibrahim ini digelar Bani Jawi.

Di masa awal penghijrahannya, Bani Jawi menetap di Ng Assyria, yg diperintah oleh seorg raja bernama Mus. Raja ini & pengikutnya telah berhijrah & tiba di Swarna Dwipa yg dikenali kini sbg Indonesia. Di Indonesia terdpt sebuah sg yg diberi nama Sungai Musi yg diambil sempena nama Raja Mus yg bermakna 'Mus Punya'. Di sini mrk mendirikan rumah yg sama bentuknya spt di Assyria dimana bumbungnya runcing, tiangnya tinggi.

Bangsa Melayu adalah bangsa yg tertua di dunia & dipertuturkan dimerata tempat, dr Filipina hingga ke Kepulauan Polynesia. Sekarang Bangsa melayu boleh didapati dimerata tempat krn mrk berpindah-randah.

Bangsa Melayu telah dikenali lama sblm kelahiran Nabi Mohammad S.A.W & org Arab zaman dulu memanggil Kepulauan Melayu sbg Tanah Jawi. Paling utara, org Melayu dpt dikesan di Nepal, iaitu di banjaran Gunung Himalaya yg dlm bahasa Sankritnya bermakna Gunung Melayu. Org Melayu lari ke Selatan, masuk ke Burma. Bila terjadi peperangan, mrk lari ke selatan, masuk ke Siam di Daerah Pattani seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu. Akhirnya mrk tdk dpt lari lg krn terdpt lautan yg luas di selatan Semenanjung Tanah Melayu. Mrk terpaksa mengalah & menetap di Tanah Melayu. Perkara ini terjadi lebih 2000 thn yg lampau.

Bangsa Melayu dr keturunan seorang nabi besar bergelar Khalilullah. Org Melayu dilihat sentiasa mengalah kpd keadaan & tamsil, jauh & jauh dr tanah mereka yg asal. Org Melayu adalah penggembara & banyak pahit maung yg telah ditempuhi oleh nenek moyang keturunan kita dlm berjuang menjaga zuriat keturunan Melayu.

Akhirnya, kita menetap di Tanah Melayu yg tercinta. Tetapi tanah ini bkn lah hak kita yg muklak. Dari itu perlulah dijaga dgn baik & dipelihara agar tdk hilang apa yg telah diusahakan oleh orang Melayu yg terdahulu.

Petikan: Mega Consult & Services

Isnin, 2 Jun 2008

FALSAFAH CINA

Assalamualaikum.
Kita bertemu lagi. Jika topik lepas kami berbicara mengenai Rahsia Kejayaan Perniagaan Cina, kini kami ingin beritahu mengenai falsafah Cina. Falsafah Cina ini masih dipraktikkan oleh kaum Cina. Ini adalah antara kejayaan kaum cina. Kami menasihatkan anda memegang falsafah ini demi kejayaan bangsa.
  1. Semua manusia serupa. Yang membezakan mereka adalah pendidikan
  2. Waktu adalah wang
  3. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama
  4. Jika anda tidak pernah bertelingkah dengan orang lain, anda tidak pernah mengenali satu sama lain
  5. Gambar & perbuatan berbicara lebih banyak dari seribu kata
  6. Jangan mencari jawapan, tetapi fahami terlebih dahulu pertanyaannya
  7. Bersedialah untuk perkara yang tidak diduga
  8. Bila hendak memberi orang makan ikan, kita janganlah beri ikannya, tetapi berilah dia pancing. Luangkan waktu mengajarnya menggunakan pancing sehingga ketika ingin makan ikan lagi, dia akan memancing sendiri untuk dapatkan ikan
  9. Kalau mahukan hasil setahun, tanam bijirin. Kalau mahukan hasail sepuluh tahun, tanam buah-buahan, kalau mahukan hasil sepanjang zaman, tanam kemanusiaan

Jumaat, 30 Mei 2008

PETUA KEJAYAAN PENIAGA CINA

Kami terbaca Berita Harian bertarikh 27 Mei 2008. Terdapat sebuah artikel bertajuk 'Wan Seng kongsi petua kejayaan peniaga cina'.Di sini kami ingin menekankan petua yang terdapat pada artikel tersebut.
  1. Bangun seawal Subuh kerana sumber rezeki bermula awal pagi.
  2. Tidak berpendidikan bukanlah kekurangan untuk mengecapi kejayaan
  3. Peniaga perlu bersikap mesra, 'ringan mulut', kemahiran berkomunikasi yang baik, hormat dan tidak kedekut senyuman
  4. Peniaga perlu sentiasa meminta maaf kepada pelanggan jika terlambat, tersilap, kehabisan barang atau perkhidmatan kurang memuaskan untuk 'menyejuk' hati pelanggan agar pelanggan bertolak ansur dengan peniaga
  5. Modal pula bukan faktor utama untuk berjaya dalam perniagaan kerana modal ada di mana-mana dan ia terpulang kepada kebijaksanaan dan keinginan individu mendapatkannya
  6. Kemahiran yang dipelajari secara teori iaitu melalui bahan bacaan serta tunjuk ajar semata-mata tidak akan membantu peniaga mencapai kejayaan sebaliknya kemahiran terbaik hanya diperoleh apabila teori itu dipraktikkan
  7. Kemahiran akan bertambah jika seseorang peniaga pernah gagal kerana ia akan membantunya memperbaiki kesilapan dan 99% ahli perniagaan yang berjaya pernah gagal hingga ada yang muflis
  8. Lebih banyak risiko bermaksud lebih banyak keuntungan akan diperoleh, tetapi kena bijak, ada perancangan serta sentiasa ingin maju
  9. Bersaing secara sihat adalah faktor kejayaan dalam perniagaan
  10. Berusaha mencari bentuk perniagaan berlainan apabila ingin membuka premis di kawasan sama dengan peniaga lain
  11. Mempunyai sikap tolong-menolong antara peniaga lain atau pesaing
  12. Bijak menguruskan wang dengan membuat kira-kira keuntungan setiap hari dan menyediakan wang tukar secukupnya untuk berniaga keesokan hari
  13. Sentiasa rajin berniaga dan tidak ambil kisah jika tidak mempunyai masa yang banyak untuk rehat
  14. Peniaga perlu mengikis sikap malu kerana jika keterlaluan, ia bukan saja gagal melariskan jualan, malah perniagaan tidak akan maju.
Akhirnya, ditegaskan bahawa sesetengah peniaga kurang menyedari kesilapan mereka dalam perniagaan. Mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain tanpa menuding jari kepada diri sendiri jika gagal dalam perniagaan. Untuk lebih detail, bacalah buku "Rahsia Kejayaan Orang Cina" oleh Ann Wan Seng

Rabu, 28 Mei 2008

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum.
Kami harap agar laman blog ini dapat membantu anda dalam mengharungi dunia perniagaan dan keusahawanan yang penuh mencabar. kami ingin anda berjaya & menjadi jutawan.