Jumaat, 4 Julai 2008

ILMU CAHAYA HIDUP

Life is succession of lession which must be lived to be understood

Kebajikan yg ringan ialah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata2 lemah lembut

Jangan kagum mendengar suara seseorang, tapi kagumilah org yg bila diberi amanat dilaksanakan yg tidak pernah mengganggu org dgn mulut ataupun tangannya

Seluruh manusia akan mati, kecuali para ahli ilmu. Para ahli ilmu itu mabuk, kecuali yg beramal. Seluruh yg amal itu tertipu, selain yg ikhlas. Org yg ikhlas itu berada dlm ketakutan, sebelum dikatahuinya kesudahan amalnya itu

Setiap yg manis kadangkala boleh menghiris, setiap yg indah kadang kala membawa padah dan setiap yg hadir bukannya takdir, mungkin menyuruh manusia berfikir

Tiada kekayaan melebihi akal. Tiada kemiskinan melebihi jahil. Tiada pusaka melebihi adab. Tiada pembantu melebihi mesyuarat

Berangan-angan itu memutuskan tiap2 kebaikan. Tamak itu mencegah dr tiap2 yg haq. Sabar itu membawa kpd kemenangan & nafsu mengajak kpd kejahatan

Petikan: UiTM

Faktor Penarik Usahawan

Sebagai seorang usahawan, hendaklah mengetahui apakah faktor penarik usahawan kerana faktor ini bleh membantu seseorang usahawan untuk lebih maju.

1. STATUS DIRI/SOSIAL

a) Ahli Korporat/Mewah
  • Seorang yang dpt menerajui serta memajukan dlm sektor swasta
  • Seorang yg dihormati/disegani oleh masyarakat
  • Mempunyai pengaruh dan pendedahan terutama dlm membangunkan ekonomi negara
  • Dapat membangunkan serta memberi sumbangan kepada masyarakat dlm membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra
  • Seorang yg mempunyai ciri2 kepimpinan yg berpandangan jauh kehadapan (berwawasan)
  • Kualiti kehidupan yg tinggi dr segi ekonomi contohnya kereta mewah, rumah besar, pendapatan besar dan lain-lain
b) Kuasa/Kebebasan
  • Memiliki kebebasan untuk berfikir/bertindak dan berkuasa membuat keputusan (bebas)
  • Senang dan cepat dlm mengesan peluang2 perniagaan (cekap)
  • Mampu mencorakkan aliran ekonomi negara (kuasa)
c) Nilai Tambahan
  • Menjadi ikutan/model kepada tatapan masyarakat umum (glamour)
  • Nilai kepakaran yg tinggi (kepakaran)
  • Gaya, Kualiti dan keunggulan (keperibadian)
d) Agen Perubah masyarakat
  • Sebagai pemangkin kepada perubahan masyarakat yg dinamik selaras dgn wawasan 2020
  • mempunyai inisiatif dlm mewujudkan peluang2 ekonomi
  • Penyelesai masalah sosial contohnya pengganguran dan kemiskinan
2. POLITIK/DASAR KERAJAAN

a) Keadaan Politik
  • Stabil, kukuh, aman damai dan harmoni
  • Perkauman yg tidak meruncing
b) Dasar Kerajaan
  • Menggalakkan lebih ramai bumiputera melibatkan diri dlm dunia keusahawanan
  • Sebagai persiapan ke arah pembentukan Negara Peridustrian Baru
c) Wawasan 2020
  • Mewujudkan masyarakat daya tahan, daya saing, daya maju dan dinamik
d) Masyarakat perdagangan/perindustrian bumiputera (MPPB)
  • melahirkan masyarakat perdagangan/perindustrian bumiputera
  • "Budaya niaga" melalui pembentukan keluarga usahawan
  • Menaikkan martabat bangsa melayu dlm dunia keusahawanan yg telah tercicir
  • taburan penyertaan secara menyeluruh di semua sektor
  • melahirkan bangsa yg dihormati/disegani
e) Latihan kakitangan kerajaan bersara awal/wajib
  • kakitangan kerajaan diberi peluang mengikuti kursus bergaji penuh sebagai persediaan ketika bersara. Kursus dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan
f) Program Usahawan Muda
  • Penerapan budaya keusahawanan dikalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui penubuhan syarikat dan aktiviti perniagaan
g) Skim Usahawan Siswazah
  • Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan bertujuan melatih graduan lepasan Universiti/Pusat Pengajian Tinggi melibatkan diri dlm bidang perniagaan
h) Program Usahawan Teknikal
  • Program anjuran MARA untuk membimbing dan menggalak usahawan teknikal (technoprenuers). Sasaran utama ialah bekas graduan lepasan institusi kemahiran dan tenaga kerja teknikal kerajaan dan swasta
i) Dasar pertambahan penduduk 70 juta
  • Dasar ini membuka peluang usahawan menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan dalam bentuk perniagaan
3. PELUANG EKONOMI

a) Keadaan Ekonomi
  • kestabilan ekonomi negara
  • Menggalakkan/meningkatkan pertumbuhan pasaran yg baik
  • Pertumbuhan KDNK
b) Sistem Francais
  • Perjanjian kontrak diantara francaisor yg memiliki barangan atau perkhidmatan yg ditawarkan kpd franchaisee
c) Sistem vendor
  • Pembekalan barangan/prodik/komponen oleh syarikat kecil kpd syarikat yg besar
d) Sistem e-dagang
  • Urusniaga melalui media elektonik secara global
4. PROGRAM SOKONGAN KERAJAAN

Berperanan memberi sumber2 maklumat, peningkatan kemahiran, peluang2 perniagaan melalui strategi2 berikut:
  • Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan spt MARA, Bank pembangunan dan Bank Industri
  • Pembiayaan kewangan melalui institusi kewangan/kerajaan/swasta spt Kementerian Belia & Sukan dan MARA
  • Kemudahan insentif pelepasan cukai duti eksport, anugerah usahawan belia niaga, Rakan Usahawan Muda dan lain2
  • Kemudahan pasaran luar dan dlm negeri melalui Agensi Kerajaan spt FAMA
  • Latihan Teknikal Keusahawanan melalui MARA, MeCD dan lain2
  • Kemudahan premis perniagaan yg disediakan oleh agensi2 kerajaan
  • Persatuan perniagaan yg berperanan sebagai payung dan melindungi kebajikan para Usahawan spt Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  • Penyedian skim khidmat nasihat dan perunding malalui MARA, MeCD dan lain2
Petikan: MegaConsult & Services