Jumaat, 27 Jun 2008

Panduan Perancangan Kehidupan & Belanjawan

Ada 5 perkara utama dlm hidup ini yg memerlukan perancangan kewangan yg teliti & simpanan wang yg besar.

1. PERANCANGAN PENDIDIKAN ANAK2
  • Pembiayaan utk anak2 melanjutkan pelajaran hingga ke kolej atau universiti adalah besar. Persediaan simpanan hendaklah dilakukan semasa mereka kecil lagi
2. PERANCANGAN PERKAHWINAN ANAK
  • Utk melangsungkan perkahwinan anak2 perlu diamalkan penjimatan dlm perbelanjaan. Tabiat mengadakan majlis persandingan yg berlebihan tdk digalakkan. Yg penting ditekankan adalah kehidupan selepas berumahtangga. Selain dr itu, anak2 hendaklah digalakkan merancang sendiri utk persediaan perkahwinan mereka.
3. PERANCANGAN MEMILKI RUMAH
  • Memiliki rumah adalah satu pembelian yg paling bermakna dlm kehidupan. Arah tuju & struktur keluarga yg sering berubah perlu diambil kira dlm menentukan jenis rumah yg akan dibeli. Dlm memilki rumah sendiri perlu diambil kira tarikh pembelian, deposit pendahuluan, tempoh pinjaman & pembayaran balik. Jumlah ansuran bulanan adalah perkara asas yg perlu diambil kira dlm menetapkan perancangan tersebut.
4. PERANCANGAN MEMBELI KENDERAAN
  • Memiliki kenderaan seperti kereta merupakan keperluan utama bg mrk yg mampu. Utk membeli kereta, kita memerlukan wang pendahuluan. Jumlah ansuran bulanan perlu diambil kira dlm perancangan kewangan keluarga
5. PERANCANGAN HARI TUA
  • Setiap tahun, purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat. Setiap org perlulah memikirkan simpanan wang yg diperlukan utk menampung kehidupan di hari tua. Pengurusan wang pencen & simpanan peribadi perlu diurus dgn bijak.
Petikan : Bank Negara Malaysia

Tiada ulasan: