Jumaat, 27 Jun 2008

Peringatan semasa menyediakan perancangan

1. Persediaan Perbelanjaan Luar Jangkaan jgn diabaikan
  • Penyakit, kecederaan & bencana yg tdk diduga bleh berlaku kpd keluarga pd bila2 masa. Adalah penting menyediakan wang simpanan utk kegunaan perkara2 luar jangkaan ini & jgnlah terlalu bergantung kpd pertolongan org lain
2. Perancangan yg dijangka jgnlah keterlaluan
  • Adalah penting mengetahui keadaan belanjawan semasa keluarga ( pendapatan, perbelanjaan, harta, pinjaman dsb). Perancangan yg keterlaluan hanya akan menjerut leher anda sendiri dlm melalui kehidupan seharian. Jgnlah tergesa-gesa dlm merealisasikan kesemua matlamat & impian. Aturlah perancangan mengikut susunan kepentingan bg setiap perkara.
3. Corak Kehidupan yg sentiasa berubah-ubah memerlukan perancangan yg seimbang
  • Dlm melalui kehidupan yg panjang ini adakalanya kita berada dlm kesenangan & adakalanya berada dlm kesusahan. Ketika berada dlm kesenangan jgnlah kita leka. Bersedialah bg menghadapi kemungkinan masa susah
Petikan: Bank Negara Malaysia

Tiada ulasan: