Isnin, 2 Jun 2008

FALSAFAH CINA

Assalamualaikum.
Kita bertemu lagi. Jika topik lepas kami berbicara mengenai Rahsia Kejayaan Perniagaan Cina, kini kami ingin beritahu mengenai falsafah Cina. Falsafah Cina ini masih dipraktikkan oleh kaum Cina. Ini adalah antara kejayaan kaum cina. Kami menasihatkan anda memegang falsafah ini demi kejayaan bangsa.
  1. Semua manusia serupa. Yang membezakan mereka adalah pendidikan
  2. Waktu adalah wang
  3. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama
  4. Jika anda tidak pernah bertelingkah dengan orang lain, anda tidak pernah mengenali satu sama lain
  5. Gambar & perbuatan berbicara lebih banyak dari seribu kata
  6. Jangan mencari jawapan, tetapi fahami terlebih dahulu pertanyaannya
  7. Bersedialah untuk perkara yang tidak diduga
  8. Bila hendak memberi orang makan ikan, kita janganlah beri ikannya, tetapi berilah dia pancing. Luangkan waktu mengajarnya menggunakan pancing sehingga ketika ingin makan ikan lagi, dia akan memancing sendiri untuk dapatkan ikan
  9. Kalau mahukan hasil setahun, tanam bijirin. Kalau mahukan hasail sepuluh tahun, tanam buah-buahan, kalau mahukan hasil sepanjang zaman, tanam kemanusiaan

Tiada ulasan: